Allah taala berfirman :
"Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang"
"Segala puji bagi Allah taala, Tuhan semesta alam. Maha pengasih lagi maha penyayang. Yang menguasai, hari pembalasan. Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka dan bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan pula (jalan) mereka yang sesat." (Al-Fatihah : 1 - 7)
Petunjuk-petunjuk
1. Allah taala menyatakan sifat pengasih dan penyayang bagi Dia dahulu sebelum sifat kekuasaan. Begitulan para pemimpin, ia harus mengutamakan sifat pengasih dan penyayang sebelum menonjolkan aspek kekuasaan yang ada padanya.
2. Allah taala bukan sekadar menuntut manusia agar beribadah (taat) kepadaNya tetapi juga terbuka untuk menerima permintaan hamba-hambaNya. Bahkan dalam pelbagai hadits, Allah taala merasa gembira jika hamba-hambaNya meminta kepadaNya. Demikianlah pemimpin, dia bukan hanya menuntut atau mengharap orang untuk mendengar seruannya atau laksanakan ajarannya tetapi juga haruslah bersedia untuk mendengar rintihan dan masalah orang lain atau berkhidmat untuk mereka.
3. Sesiapa pun yang memainkan peranan sebagai pemimpin , dia memikul tangungjawab untuk membimbing pengikutnya ke jalan yang lurus. Pemimpin bukan hanya mempunyai hak (ditaati, dihormati, kekuasaan) tetapi juga tanggungjawab (pengasih, berkhidmat kepada orang lain, membimbing ke jalan yang benar).
4. Allah taala mengajar kita agar mengikuti jalan orang yang baik dan juga menjauhi jalan orang yang jahat. Demikianlah juga pemimpin bukan hanya menunjukkan kebaikan tetapi juga menunjukkan apa itu kejahatan.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar